Sunday, October 11, 2009

BENGKEL TRAINING OF TRAINER KURSUS ASAS PENGURUS KEDIAMAN (ZON TIMUR) 5-9 OKTOBER DI HOTEL VISTANA KUANTAN.


Bengkel Training of Trainer Kursus Asas Pengurus Kediaman ( Zon Timur) diadakan pada 5-9 Sept 2009 bertempat di Hotel Vistana Kuantan, Pahang. Bengkel ini merupakan siri ke empat setelah zon utara, selatan dan tengah.
29 orang peserta mewakili 10 syarikat perunding yang dilantik berjaya mengikuti bengkel anjuran Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) ini.
Perunding diberi latihan mengendalikan Kursus Asas Pengurus Kediaman (KAPK) bagi Program Pengurus Kediaman (PPK).


Bengkel ini dikendalikan oleh dua orang tenaga pengajar iaitu Puan Jameiyah Sherif dan Puan Norma Abd.Wahab serta Pegawai JPW Pusat, Puan Afroza Banu Abd. Halim. Turut hadir adalah Pengarah JPW Negeri Pahang, Puan Fatimah Muhid serta pegawai-pegawai daripada JPW pusat, JPW Negeri Terengganu dan Kelantan.



Program Pengurus Kediaman merupakan program alternatif bertujuan antara lain:-

1. Melatih peserta menjadi pengurus kediaman yang cekap, professional dan berkelayakan

2. Membantu meningkatkan kemahiran dan menjana pendapatan wanita yang berpendapatan rendah dalam sektor perkhidmatan

3. Menyediakan khidmat pengasuh professional

4. Mengurangan pengambilan warga asing untuk menjaga dan mengasuh kanak-kanak

5. Meningkatkan ilmu kemahiran dalam pemantapan institusi keluarga

Program latihan ini dijalankan selama 14 hari dan seramai 30 orang wanita tempatan yang berumur 18-55 tahun akan mengikuti latihan setiap siri. Para peserta haruslah menjalani pemeriksaan kesihatan dan tiada mempunyai sebarang rekod jenayah. Peserta akan dibiayai sepenuhnya oleh Jabatan Pembangunan Wanita ( termasuk tempat tinggal, makan dan bahan kursus ) dan mereka yang berjaya akan dianugerahkan Sijil Pengurus Kediaman dan Kad Professional pengurus Kediaman.

Perunding yang dilantik akan digalakkan membuat penempatan kerja bagi peserta.


Kaedah perlaksanaan program latihan adalah dalam bentuk syarahan, main peranan, perbindangan dan simulasi. Aspek-aspek latihan termasuk :-

- Prinsip dan konsep, profesionalisme dan etika dalam profesyen Pengurusan Kediaman serta prosek kerjaya sebagai Pengurus Kediaman

- Perkembangan manusia-lahir hingga berusia

- Memahami keluarga dan keperluan

- Pengurusan kediaman

- Pemakanan dan kesihatan,

- Penjagaan kesihatan dan pencegahan kemalangan.

Wanita-wanita yang layak dan berminat boleh menghubungi Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Atau Perunding berdekatan (http:\\malaysiahomemanagers.blogspot.com).

No comments:

Post a Comment